Suatu Pagi
May 22, 2011 at 8:55 am | Posted in Uncategorized | 1 CommentSetelah beberapa post yg di’draft’kan kerana kekangan yang melanda, pagi ini terasa nekad mahu menge’post’ sesuatu di dalam blog ini.
Semoga Allah SWT izinkan.
Saya cuba untuk seRingkas mungkin.
Sementara menunggu masa untuk berusrah online dgn kak Yanti.
Malam semalam tidur agak terganggu, seperti malam-malam hujung minggu biasa.
Malam minggu mereka (kiwi) akan menghidupkan malam mereka dengan party.
Minum-minum, mabuk-mabuk, kemudian berjalan di town dalam berkumpulan, sambil bertekak-tekak.
Habis semua jenis perkataan tak elok akan dihamburkan.
Pernah terasa seperti mahu menjerit sahaja dari tingkap bilik, meminta mereka untuk diam.
Tapi, macam mustahil.
Apa yg saya mampu hanyalah menutup tingkap.
Tetapi, itu pun tak mampu menyekat kebisingan melampau yang dibuat oleh mereka.
“Takpelah Mimi. Ni negara orang. Kau duduk je lah dalam bilik tu diam-diam,” memujuk diri.
Beginilah keadaannya berumah di tengah bandar.
Betul-betul di tengah bandar.
Malam semalam, masuk tidur dalam pkul11 lebih. Mereka masih lagi bising.
Pukul4 pagi, terjaga. Keadaan masih sama. Cuma kebisingan dah berkurang.
Pukul5 pagi keadaan mula reda.
Begitulah kebiasaannya, di hujung minggu.
Dalam kebisingan mereka di malam hari, saya bersyukur.
Di saat mereka mabuk, bising-bising, menggunakan perkataan yang kurang baik, saya masih lagi dipelihara oleh-Nya.
Allah izinkan lagi saya untuk bangun berqiamullail dan membaca Al-Quran.
Walaupun keadaan sedikit terganggu, tetapi itulah namanya ujian.
Allah masih lagi beri kekuatan untuk bangun dan menghadap-Nya.
Masih ada lagikah keraguan di dalam diri, tentang kasih sayang-Nya?
Kalau lah Dia tidak sayang, mana mungkin Dia izinkan diri ini untuk menjadi orang yang terpilih, untuk bangun berqiamullail, di saat environment ketika itu penuh dengan maksiat. (mabuk arak, lelaki perempuan bergelak ketawa hingga bergema satu bandar, menjerit melolong dan lain-lain)
Bersyukur denga nikmat islam dan iman daripada-Nya, walaupun diri tahu, setebal manalah iman yang ada jika mahu dibandingkan dengan orang-orang yang lain yang lagi hebat.
Tak apalah, saya tetap bersyukur!
Alhamdulillah.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dia mahu kita meminta daripada-Nya.
Di saat, diri merasa lemah, hampir semua sahabat dan kakak2 yang memahami akan dihubungi, memohon agar diberi kata-kata semangat.
Hakikatnya, Dia juga tahu apa yang kita rasa.
“Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakanlah pula solat) Subuh. Sungguh, solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Surah Al-Isra’, ayat 78)
“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat 79)
Dia memberitahu dan menyuruh kita untuk mencari-Nya, tetapi di mana kita?
Di mana usaha kita untuk mencari?
Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.
Alhamdulillah, menjelang Subuh, jam 6pagi, kebisingan Kiwi mula reda.
Yang tinggal hanya bunyi lampu isyarat dan bas-bas yang mula beroperasi.
Sudah pulang ke rumah barangkali kiwi-kiwi ini.
Pagi ini, tatkala membuka tirai tingkap, alhamdulillah, diizinkan-Nya untuk melihat keindahan alam-Nya.
Keindahan matahari terbit dari laut, menguatkan lagi semangat untuk berkongsi.
Terasa mahu mengambil gambar dan letakkan sahaja gambarnya di dalam blog ini, tapi saya tahu, ia nya tetap tidak akan sama.
Walaupun DSLR digunakan, tetap akan ada bezanya jika melihat dengan mata sendiri.
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Baiklah, perlu bersiap untuk berusrah online dengan kakak di Ireland tersebut.
Rindu!
Allahu Allah.
Kerana Ia Bukan Sebuah Buku Biasa
May 4, 2011 at 11:06 pm | Posted in Uncategorized | Leave a commentApabila terkenang zaman dahulu, macam-macam reaksi yang akan timbul.
Kalau kenangan itu menggembirakan, kita pasti akan tersenyum manis.
Kalau kenangan itu sebaliknya, pasti akan membuatkan kita sedih dan seolah tidak mahu mengingatinya lagi.
Itu adalah suatu kebiasaan.
Yang pahit itu dilupakan, yang manis itu diingat sepanjang zaman!
Betul kah paradigma ini?
Seorang pemuda zaman lampaunya penuh dengan kesedihan. Sehinggakan setiap kali dia terkenang masa lalunya, pasti dia akan berasa tertekan. Amat dahsyat! Zahirnya dia seperti manusia biasa, tiada cacat celanya. Namun, apabila tiba saatnya dia bersendirian, kenangan-kenangan hitamnya yang suram pasti akan datang mengetuk mindanya! Akhirnya, semangat baru dia tanam dan baja di dalam diri, jatuh merundum akibat dikaburi oleh silamnya yang kelam. Lebih teruk lagi apabila dia tidak bertemu sebarang motivasi untuk menguatkan hati.
Di sebuah kampung di hujung bandar, ada seorang gadis. Gadis itu kisah lampau nya juga hitam. Dia melalui hari-hari nya dengan berusaha untuk memperbaiki keadaan dirinya. Dia juga selalu terkenang akan kisah silam nya. Dia terkenang perkara-perkara lama dan berfikir secara optimis. Hidupnya perlu di ubah. Sejarah lama yang manis, dijadikannya sebagai pedoman dan pemangkin untuk terus bangkit. Manakalah sejarah yang hitam kelam dijadikannya pengajaran.
Satu perkara yang membezakan si gadis dan pemuda adalah cara mereka berfikir.
Cara mereka memandang sejarah.
Kisah tentera Islam menang semasa Perang Badar.
Kisah pembukaan Kota Madinah yang terdiri daripada masyarakat pelbagai agama.
Tahun 1924, kejatuhan zaman Khilafah Islam.
Kisah kebangkitan Islam di Turki, India, Indonesia.
Bagaimana paradigma kita apabila mengetahui sejarah-sejarah di atas?
Hanya sekadar ilmu pengetahuan?
Mereka yang benar-benar ingin belajar daripada sejarah akan berusaha untuk tidak mengulangi sejarah.
Semasa di darjah 6, keputusan UPSR kita kurang membanggakan. Langsung kita belajar daripada situ untuk memperbaiki diri. Perbaiki cara menguruskan masa belajar, perbaiki pengambilan makanan yang sihat untuk otak dan lain-lain. Akhirnya, ketika PMR dan SPM, kita menjadi antara pelajar terbaik! Maka, berhasillah usaha pembaikan kita itu.
Pada tahun 1924, kerajaan Islam jatuh. Bermula daripada itu, umat Islam menjadi lemah. Tiada lagi Khalifah yang melindungi umat Islam. Antara punca kepada kejatuhan Islam adalah umatnya yang semakin bermasalah! Umat Islam yang semakin jauh daripada kitab suci Al-Quran. (Tahukah kita tentang itu?)
Jadi, apa yang kita buat?
Mungkin bagi mereka yang bergelar ‘budak usrah’, mereka sering kali mendengar ayat, “Umat Islam ni dah semakin lemah,” sehingga telinga mereka menjadi lali. Telinga yang sudah lali, sepatutnya sudah mampu untuk menggerakkan diri untuk memperbaiki diri. Mulanya dengan diri sendiri, kemudian orang di sekeliling akan dicari untuk sama-sama merasai manisnya beramal dengan Islam.
Itu lah yang sepatutnya.
Itu yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang hati nya basah dijirus dengan sejarah islam dan perlunya untuk mengembalikan Islam kembali.
Kerana Islam itu sahajalah cara hidup yang sepatutnya diikut.
Kita sudah biasa hidup senang.
“Tak baca dan dalami Al-Quran pun aku hidup senang je pun sekarang,” ujar A.
Kesenangan dan kesusahan itu ujian daripada Allah SWT.
Kembali kepada paradigma, ataupun cara berfikir.
Apa yang kita rasa apabila orang menyebut tentang ‘Islam’?
‘Islam itu agama.’
‘Islam itu cara hidup saya.’
Satu perkataan tetapi pelbagai tafsiran. Kerana?
Kerana berbezanya tingkat ilmu seseorang tentang Islam.
Jika A memandang Islam hanya sebagai agama, maka, terpisahlah bidang pendidikannya, cara komunikasinya, cara pentadbirannya, cara pergaulannya, daripada Islam.
Jika A memandang Islam sebagai cara hidup, satu guide yang memandu hidupnya di dunia ini, maka, Islam lah keseluruhan hidupnya.
Tanya pada diri, “Aku mahu Islam yang separuh-separuh ataupun islam yang lengkap?”
“.. Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yg lebih zalim daripada orang yg mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak, Kami akan mmberi balasan kepada orang-orang yg berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling.” (Surah Al-An’am, ayat 157)
Al-Quran itu terdapat banyak kisah, amaran dan motivasi.
Baca dan berusahalah untuk mengamalkannya.
‘Buku’ itu bukan ‘buku’ biasa, yang hanya dipegang apabila mahu bersumpah.
Hakikatnya, Al-Quran itu ‘buku’ luar biasa yang mampu mengubah paradigma kita, jika kita mahu berfikir!
Sejarah pahit Islam, bukanlah sesuatu yang perlu untuk dilupakan oleh umatnya, sebagaimana kita berusaha untuk melupakan kisah silam kita yang pahit.
Tetapi adalah sesuatu yang perlu diketahui dan diingati, yang akhirnya membawa kepada satu upaya untuk mengembalikannya kembali.
Mulakan dengan menegakkan Islam di dalam diri!
wallahu’alam. correct me if I am wrong.
Pensel Yang Tumpul.
May 4, 2011 at 3:43 pm | Posted in Uncategorized | Leave a commentBismillahirrahmannirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Dia sahabat. Pernah bersamanya 2 tahun. Zahirnya dia mungkin orang yg biasa.
Dia menegur, dia berkata.
SAya mula terasa.
BUkan terasa yang membuatkan saya berputus asa.
Tetapi ‘terasa’ yang memotivasikan jiwa!
(Allahu Allah~ HAkikatnya, Allah SWT jugalah yg mahu memberikan motivasi kepada manusia.)
Ayatnya ringkas dan pendek.
Hati yang selama ini mencari jawapan, membutuhkan semangat dan kata-kata, akhirnya, seperti telah kembali berbunga.
Alhamdulillah!
Kami ramai. SAtu batch 200 lebih; antara batch teramai di SESERI.
Perancangan Allah SWT itu kan cantik dan Maha Hebat!
2 tahun di SESERI, belum cukup untuk merapatkan kami.
Tetapi, mungkin kerana ta’aruf(perkenalan) dalam nilaian mata Islam itu adalah berpanjangan tanpa ada batasan waktu yg melimitkan, tahun-tahun yg dilalui selepas keluar dari SESERI, menjadi saksi ta’aruf itu telah dipanjangkan.
Perancangan Allah!
Alhamdulillah.
Saya sayang sahabat saya.
Sahabat-sahabat vivacious saya.
Saya pernah menanam perasaan dalam diri dan berkata-kata dalam hati,
“Aku nak berkawan dgn sahabat2 vivacious0405 kerana Allah SWT. Aku mahu mulakan ta’aruf semula. Aku sayang mereka, walaupun dulu aku pernah berkonflik dgn beberapa kumpulan, hanya kerana aku menjalankan tugasku sebagai seorang pengawas.”
Semuanya kerana saya memilih jalan ini.
Jalan yg panjang dan tidak mudah ini.
Tapi, Rabb ku menjanjikan kemenangan di jalan ini.
“Engkau kena mula, Mimi!”
Kepada sahabat-yang-telah-menyebabkan-saya-terkesan,
Saya sayang kamu. Terima kasih di atas motivasi ringkas itu!
p/s: melakukan sesuatu kerana Allah SWT, bukan semudah yg ditulis atau dilafazkan. Kerana, ianya pasti akan diuji! Ujian nya itu kadang2 sangat hebat! 200 orang, 200 kepala yg ada, dan 200 pemikiran lah yang ada.
Vivacious ku, jom!
wallahua’alam. correct me if I am wrong.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


