cerita seorang hamba 4.
June 27, 2010 at 10:42 pm | Posted in Uncategorized | 4 Commentsdia hamba. dia terkesan dengan ayat perkongsian daripada seorang kakak.
katanya, “Abu Jahal marah pada Rasulullah SAW kerana tindakan Baginda SAW yang menyuruhnya meninggalkan sembahan nya.”
Amar makruf itu ramai yang boleh buat, nahi mungkar itu yang jarang-jarang, ataupun, tak ramai orang yang nak (baca: berani!) buat.
Sedangkan, amar makruf dan nahi mungkar itu perlu seiring.
Dia hamba dan suka berbincang dengan orang sekeliling apa yg dia fikirkan.
“Mas, mas rasa amar makruf dan nahi mungkar tu sama tak? Ramai je orang yang suka sampaikan benda-benda yang baik. Buat benda baik. Sedangkan non-Muslim pun buat benda-benda baik. Itu dah amar makruf lah kan? Tapi, berapa ramai orang yang berani utk nahi mungkar? Contoh, nampak je benda tak betul, terus tegur. Tapi dengan berhemah. Bagi kita, tak ramai. Tak ramai yang berani.”
Tak berani dengan alasan, nak jaga hati, takut dia terasa. Yup, itu penting. Supaya orang tak lari daripada kita. Tapi, sejauh mana kita BERUSAHA untuk nahi mungkar? Sedangkan amar makruf nahi mungkar itu perlu seiring.
Seorang rakan bercerita, katanya, kakak naqibah nya berkata, “..kalau dah buat amar makruf, maksudnya kita dah nahi mungkar..” tetapi, mungkin ada beberapa kekangan pada dirinya, rakan ini tidak membantah, tapi katanya, dia tak bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Saya juga. Kerana amar makruf dan nahi mungkar itu adalah DUA BENDA YANG BERBEZA, dan perlu dilakukan SEIRING, dengan method yang sesuai.
Ada satu diskusi yang saya sertai. Kata seorang ini, “berapa ramai yang masuk usrah tapi masih lagi ber’couple’, masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna? berkesan ke usrah tu?” Itu persoalan daripada nya, yang akhirnya membawa kepada kesimpulan usrah yang dibawa oleh kumpulan itu tidak berkesan.
Oh, saya tak berani mengatakan itu, kerana bukan hak saya untuk mempersoalkan itu.
Cuma yang saya terfikir2, apa peningkatan yang boleh dibuat oleh kumpulan tersebut dalam menumbuhkan lagi perasaan cintakan islam, cinta pada amar makruf dan nahi mungkar kepada individu2 yang ada?
InsyaAllah, saya yakin banyak cara yang boleh dibuat. tapi, satu yang saya yakin yg perlu dibuat oleh para naqibah, mahupun mereka yang benar2 mahu membawa islam, adalah cuba untuk nahi mungkar, dengan pendekatan, cuba mendekati secara personal. tegur apa yang pincangnya perbuatan itu dengan islam.
Di dalam usrah, ya, ilmu2 secara general boleh disampaikan kepada anak2 buah. tapi, adalah menjadi peranan bagi naqibah untuk terus membuat follow up setelah usai usrah. jangan dibiarkan jika ada salah nya.
bagi konteks pelajar luar negara, kita bukan sahaja mereka2 yang mempunyai fikrah (pemahaman) islam apabila di luar negara, tetapi juga apabila sudah pulang ke malaysia kelak.
golongan yang terus mahu kepada islam, walau kelak mereka tidak sempat untuk menyertai usrah semasa di malaysia nnti. mungkin atas kekangan kerja dan lain-lain.
dia yang bernama hamba itu tinggal dalam komuniti. dia memerhati orang-orang sekelilingnya.
dia perasan bahawa, “ramai orang yang mahu kepada kebaikan, juga, mampu untuk melakukan kebaikan, tetapi dalam masa yang sama susah untuk tinggalkan perkara2 mungkar. ramai yang gemar beri peringatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, (Alhamdulillah! kerana ramai yang berusaha untuk melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar ini, iaitu dakwah) dalam masa yang sama, orang yang sama turut kekal dalam jahiliyah nya.”
Hanya satu, untuk mendalami islam dengan sebenarnya, berusahalah untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah-Nya. berkomunikasi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tanpa sebarang urusan penting. bergurau senda. macam-macam lagi. kerana hakikatnya, untuk mendekati Allah SWT, bermakna kita sebenar-benarnya MAHU mengamalkan islam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” Al-Baqarah, ayat 208.
Teringat satu peristiwa ketika cuti musim panas yang lepas. Peristiwa ini berlaku di sebuah stesen minyak.
Seorang kakak bertudung labuh mendatangi seorang saudara seakidah nya yang tidak bertudung. Lalu ditegurnya dengan berhikmah, “akak bila nak pakai tudung?” dengan senyuman. Dengan bantuan Allah SWT, mungkin kerana keikhlasannya menegur hanya kerana Allah SWT, saudara seakidahnya itu menjawab, “oo.. insyaAllah, nanti.” tanpa melenting sedikit pun.
MasyaAllah! Itu nahi mungkar namanya.
Betapa Allah SWT membantu hambaNya yang berusaha untuk membantu agamaNya. Allahuakbar!
p/s: mungkin ada yang tertanya2, “mana tahu orang tu tak melenting? tak terasa? ntah2 dlm hati dia, dia tak suka?”…. hanya Allah SWT, dan hamba2Nya yang berada di tempat kejadian sahaja yang mengetahui situasi ketika itu. tak perlu utk diceritakan dengan terlalu detail disini.
Usah takut bernahi mungkar, selagi niat kita diluruskan hanya kerana Allah SWT!
Bermujadahlah!
Abu Jahal menentang Rasulullah SAW kerana dia disuruh untuk meninggalkan perbuatan jahiliyyah nya oleh Rasulullah SAW, iaitu menyembah berhala, sekaligus menyembah Allah SWT.
Nahi mungkar itu yang susah untuk dilakukan pada diri sendiri, mahupun pada orang sekeliling.
Amar makruf itu tidak sesusah nahi mungkar.
Tapi, ingat, kedua2 nya perlu seiring.
Kata orang, lagu dan irama, ombak dan pantai tak boleh dipisahkan,
begitu jugalah, amar makruf dan nahi mungkar.
wallahu’alam. correct me if I am wrong.
signifikan, jika didengar dengan hati
June 8, 2010 at 2:30 pm | Posted in Uncategorized | Leave a commentlagu ini sangat signifikan.
mari renungi dan hayati liriknya.
renungi dan hayati dengan hati.
hati yang benar-benar mahu membebaskan Palestine.
hati yang benar-benar merasakan isu Palestine ini bukan isu yang bermusim.
hati yang benar-benar percaya dan yakin bahawa Palestine akan bebas satu hari nnti.
jika dan hanya jika, kita mengubah keadaan diri, menjadi muslim sejati.
insyaAllah!
teringin untuk berkongsi ucapan Nabi Saleh as kepada kaumnya, kaum Samud.
Surah Hud, ayat 61.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
“dan kpd kaum Samud (Kami utus) saudara mereka, Saleh. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada tuhan bagimu selain Dia. Dia telah menciptakanmu dari bumi (tanah) dan mnjadikanmu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan kepada-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku sangat dekat (rahmat-Nya) dan memperkenankan (doa hamba-Nya).”
berzikirlah dengan nama tuhanMu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubat padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan
Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Dengan kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestin kan dimiliki lagi
Ingatkan ALLAH dan hindarkan dosa
palestin kan aman lagi
dengan ketaatan dan amalan soleh
Dengan nama dan ketakwaan
pada Allah yang maha kuasa
ketakutan dan kelemahan
peluru dan dentuman
bukan lagi penghalang
PEMBELAAN ALLAH AKAN DATANG
wallahu’alam. correct me if I am wrong.
cerita seorang hamba 3.
June 8, 2010 at 2:05 pm | Posted in Uncategorized | 1 Comment“Usah memperlekehkan usaha orang lain.”
hakikatnya, semua perbuatan manusia bergantung kepada Allah SWT. Allah SWT yang akan menilainya. mungkin sumbangannya kecil, dan impaknya sedikit, namun masih ada yang menilai.
tapi, sudah tentu manusia ini mahukan sesuatu yang di matanya, impak itu besar.
demonstrasi bukan satu2 nya jalan menunjukkan bangkangan. tetapi, itu adalah salah satu cara. sedangkan banyak lagi cara boleh dilakukan.
saya cuma teringat, satu perjanjian yang telah ditandatangani dengan pihak penaja, MARA, sebelum terbang ke new zealand. malah, diingat kan semula oleh pihak penaja baru2 ini.
Sebagai penaja, perlu saya ingatkan Kontrak Perjanjian Skim Pelajar Cemerlang dibawah perkara 4 , 5 dan 6 yang telah semua tandatangani:
Antara petikan perkara 5.1 Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasa perjanjian ini,…. mengambil apa juga bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Majlis MARA adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;
Perkara 6. Jika pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana hal dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Majlis MARA boleh menuntut budibicara mutlaknya :
61. menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Majlis dibawah perjanjian ini., pelajar tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.
6.2 penamatan perjanjian ini menurut fasl 6.1 Fasal ini adalah akhir dan muktamad.
saya teringat bahawa saya telah menandatangani perjanjian. jika saya langgar, saya mungkir janji. mungkir janji itu bukan kah salah satu ciri-ciri orang munafik? itu yang bermain di fikiran saya.
mereka (pihak penaja) mungkin tidak tahu, tapi Allah SWT tahu. Dia menilai dan melihat. kadang2 kita akan buat perkara dengan menyatakan dalam hati, “takpelah, aku buat begitu begini, untuk agama Allah SWT. untuk keadilan.” tapi, bukan ke ada perkara2 lain yang perlu diambil berat juga?
saya yakin, JIKA SAYA BENAR2 MAHU MEMBANTU, MEMANG AKAN ADA CARA/JALAN LAIN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN, SELAIN MELANGGAR JANJI. hakikatnya, Allah ada. Allah juga lah yang membantu saya dalam mencari penyelesaian untuk membantu. Alhamdulillah, Allah sayang!
ciri-ciri ini bukan hanya termaktub di dalam perkara2 yang berkaitan dengan agama semata2, malah dalam hidup kita sehari-hari. jika kita mungkir janji dengan non-muslim pun, sebenarnya kita tetap telah mungkir janji. jika tidak mampu untuk kota kan janji, usah berjanji, kelak akan menzalimi diri.
semua orang marah. semua orang geram. secara jujurnya, saya sendiri sudah lali, mendengar cacian dan makian terhadap israel laknatullah. kerana, saya sendiri pun begitu. setiap kali ada serangan, kita akan tersedar kembali. macam tu lah kita, (oh, maaf, mungkin bukan ‘kita’, tetapi ‘saya’.)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
mana usaha dan ikhtiar kita yang berterusan dalam membantu palestine? saya sendiri mencari-cari usaha berterusan yang saya dah buat.
demonstrasi hanya dibuat ketika ada serangan, jika tiada serangan, senyap lah.
(Alhamdulillah! Saya nampak ikhtiar yang dibuat disitu.) mungkin kalau mahu ditulis tentang demonstrasi ini, banyak soalan yang saya terfikir2 dan pernah pun saya bincang bersama rakan-rakan yang rapat.
tapi, apa yang saya pegang, kita tak perlu memandang rendah usaha orang lain, kerana mereka punya ikhtiar. dan, hanya Allah SWT yang mampu menilainya. kita hamba-Nya, tidak perlu susah2 memikirkan kerja2 Allah SWT.
saya mencari usaha berterusan yang boleh kita sama2 lakukan, sekaligus dengan cara ini kita mampu meningkatkan hubungan kita dengan Allah (habluminAllah), insyaAllah.
jom! kita berusaha untuk menyelamatkan bumi Palestine daripada terus dijajah oleh Israel laknatullah, dengan:-
* sentiasa, selalu, hari-hari MENDOAKAN mereka.
ingat! ingat! ingat! dan faham lah, bahawa DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN. dan, saya amat2 pasti bahawa BERDOA adalah apa yang kita mampu dan boleh! untuk lakukannya hari-hari, mahupun setiap saat!
(saya seorang yang yakin dengan perbuatan ‘DOA kepada Allah’. hanya kepada Allah, Allah dan Allah!)
* cari masa2 dimana DOA kita akan didengar oleh Allah SWT.
bangunlah di tengah malam, berqiamullail disamping menDOAkan mereka. setiap kali selesai membaca Al-Quran, DOAkanlah mereka.
* daripada mengupdate status Facebook dengan status2 yang tidak menambahkan amal, updatelah dengan status2 yang dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu Palestine.
* berusaha untuk mengubah diri, menjadi Muslim yang sebenar2 Muslim. yang terjaga adabnya, yang terjaga masa lapangnya, yang terjaga cara pemakaiannya dan lain2. Palestine hanya akan dibebaskan oleh orang-orang Islam yang kuat pegangannya terhadap islam. orang2 yang benar2 yakin janji Allah SWT pada setiap masa! bukan hanya pada waktu2 tertentu, seperti ketika demonstrasi sahaja.saya suka sekali untuk menekankan point yang terakhir. point yang bagi saya amat dan perlu untuk dititikberatkan. ingatlah bahawa PALESTINE TIDAK AKAN BEBAS SELAGI UMAT ISLAM TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGIKUT SYARIAT ISLAM DENGAN SEBENAR-BENAR NYA. KEBATILAN YANG DIBUAT OLEH ISRAEL HANYA AKAN BERJAYA DI HANCURKAN OLEH MUSLIM YANG SEBENAR-BENAR MUSLIM!
AYUH LAH PERBAIKI DIRI!
Semakin ramai umat islam yang tersasar dari landasan islam, semakin lambat lah proses untuk kita memperoleh Palestine semula. Kerana Palestine itu tanah suci, tanah kelahiran para anbiya’, hanya Muslim yang suci (baca: mengikut syariat secara keseluruhan) yang mampu membebaskannya.
pendek kata, untuk mendapatkan amal yang muntij, tidak dhaif, perlulah untuk kita melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas untuk membantu agama Allah, juga, ISTIQAMAH bukan bermusim!
sedangkan antara mereka2 yang mengaku pembawa agama Allah SWT (baca: dai’e) juga ada kalanya tersasar. niatnya satu, iaitu untuk agama Allah, tapi, kadang2 wujud rasa sombong, ego dan iri hati terhadap sahabat2 yang turut membawa agama Allah.
tidak boleh melihat sahabat ini lebih daripada diri sendiri, macam2 strategi dilakukan untuk konon menjadi kumpulan pembawa agama yang hebat. yup! itu tak salah, malah, memang Islam memerlukan orang2 yang hebat.
tapi, untuk hal mereka yang sama2 mengaku pembawa agama Allah, bersatu lah!
tidak guna mengamalkan win-lose situation sesama muslim. ![]()
marilah, mengamalkanwin-winsituation… supaya umat islam itu kuat! saya ulang, UMAT ISLAM itu yang kuat, bukan kumpulan atau diri sendiri.
(teringin untuk belajar sirah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat. bagaimana mereka berusaha untuk menghadapi musuh, selain daripada berdoa dan menjaga hubungan dengan Allah? apa yang mereka lakukan dalam menghadapi musuh islam dan kezaliman yang sangat dahsyat?)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
-tulisan ini hanya sesuai untuk mereka yang dalam keadaan seperti saya. yang sudah berjanji, dan sudah menandatangani perjanjian. pendirian ini AKAN berubah mengikut keadaan. mungkin, apabila tempoh perjanjian tamat, saya akan turut berdemo. mungkin.. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, dan Dia jugalah yang memegang hati ini.
ya muqallibal qulub tsabbit qulubana, ‘ala dinika ya Allah. ameeen.
seeru ala barakatillah!
wallahu’alam. correct me if I am wrong.
perkongsian untuk sahabat, tentang sahabat
June 5, 2010 at 12:49 pm | Posted in Uncategorized | Leave a commentDia hamba-Nya.
Alhamdulillah, dia belajar tentang sejarah. Sejarah para sahabat Rasulullah SAW yg seharusnya menjadi iktibar kepada ummat terkini.
Seorang kakak yg sudi berkongsi ilmu, sangat dihargai perkongsian ilmu itu.
Allahu Allah! Terima kasih untuk nikmat ilmu itu. Di saat orang sekeliling bersifat endah tak endah, sebenarnya Engkau memandang hamba-Mu yg seorang ini.
hamba itu bersyukur! Alhamdulillah, atas kasih sayang-Nya.
Dia hamba-Nya. status hamba itu sepatutnya membuatkan si hamba lebih sedar tntang kelemahan diri.
Status hamba yang sepatutnya menyebabkan si hamba ini lebih mahu memberi kepada hamba-hamba yang lain.
Nah, sahabat. Si hamba itu mahu kongsikan dengan mu apa yg telah dia pelajari.
Maaf juga atas entry yg lewat ini.
——————————————————————————————–
Kenali 2 orang Abdulllah yang pernah melakar sejarah dalam sejarah Islam.
Abdullah Ummu Makhtum dan Abdullah Ibnu Mas’ud.
Abdullah Ummu Makhtum, seorang buta yang disebut ceritanya oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. (masyaAllah! pasti hebat orang nya ini) di sebut Allah didalam surah ke 80, iaitu surah Abasa, juga di dalam surah An-Nisa’ ayat ke 95.
Secara umumnya, di dalam surah Abasa, Rasulullah SAW ditegur oleh Allah SWT kerana memalingkan muka baginda tatkala Abdullah datang kepada baginda, untuk meminta Rasulullah SAW mengajarkan kepada beliau apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada baginda.
Melalui surah ini dapat dilihat bahawa Allah (baca: dan islam) mengangkat darjat orang kurang upaya (OKU). jika Allah SWT sendiri mengangkat darjat OKU, mana mungkin kita hamba-Nya yang serba kekurangan ini memandang rendah kepada golongan OKU.
Allah SWT menegur Rasulullah SAW secara terus, langsung membibitkan rasa insaf ke dalam hati baginda SAW. Sejak daripada itu, baginda SAW tidak lagi menyisihkan Abdullah.
Abdullah juga adalah antara orang yang terawal memeluk islam dan walaupun sifatnya buta, namun semangat beliau untuk memberi dan menyumbang kepada islam, sangat tinggi.
Beliau berkeinginan untuk keluar berjihad dan menyatakan hasratnya kepada Rasulullah SAW. Beliau menyertai perang2 islam yang lain selepas perang Badar.
Sekali lagi Allah SWT menyebutkan kisah beliau di dalam Al-Quran, surah An-Nisa’, ayat ke 95.
“Tidaklah sama antara orang beriman yg duduk (yg tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dgn orang yg berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwanya. Allah melebihkn darjat orang-orang yg berjihad dgn harta dan jiwanya atas orang-orang yg duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). kepada masing2, Allah mnjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang2 yg berjihad atas orang yang duduk dgn pahala yg besar,” (4:95)
untuk bacaan lanjut mengenai kisah ayat ini, boleh rujuk di sini.
Abdullah, si buta yang berusaha untuk menghafal dan belajar Al-Quran. si buta yang menjadi petunjuk bagi si celik (baca: kita semua) supaya tidak memandang rendah kepada golongan OKU. si buta yang sentiasa berkobar-kobar untuk membantu islam, walaupun fizikalnya menghalang nya untuk keluar berperang.
Beliau juga telah dipilih oleh Rasulullah SAW untuk menjadi muazzin dengan Bilal bin Rabah. Apabila Bilal melaungkan azan, Abdullah akan iqamah. Dan begitulah sebaliknya. Pada bulan Ramadhan, salah seorang daripada mereka akan melaungkan azan untuk mengejutkan orang bangun sahur dan yang seorang lagi akan melaungkan azan untuk solat Subuh, juga menandakan bermula puasa untuk hari tersebut. Bilal lah yang akan melaungkan azan untuk mengejutkan orang utk bersahur, dan Abdullah akan melaungkan azan untuk menandakan bermulanya subuh.
Abdullah Ummu Makhtum, si buta yang dicelikkan Allah hatinya dengan sinaran dan petunjuk islam!
Allahu Allah!
juga, si buta yang syahid di medan perang dengan di tangannya memegang panji islam.
Refleksi diri : diri ini berkemampuan. mampu untuk keluar berdakwah (baca: menyebarkan islam), tapi tidak di manfaatkan. kesibukan dunia sentiasa dijadikan alasan. ceteknya ilmu tentang islam, bukan keuzuran. kerana hakikatnya, Abdullah Ummu Makhtum, pergi kepada Rasulullah untuk meminta supaya diajarkan ilmu, walaupun ketika itu Rasulullah SAW sedang berusaha untuk menarik para pembesar Quraisy untuk memeluk islam.
Maka, sebenarnya tiada alasan untuk kita, cuma tanya diri “MAHU ATAU TIDAK?”
jika “mahu”, sila lah mencari jalan dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan.
jika “tidak mahu”, reka lah seribu satu alasan! yang akhirnya kelak akan di tanya oleh Allah SWT.
sumber rujukan lain: sini
—————————————————————————————————-

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Abdullah yang kedua ialah Abdullah Ibnu Mas’ud.
beliau digelar sebagai Bayang2 Rasulullah SAW.
pada awalnya, beliau tidak pernah pun mengenali Rasulullah SAW secara personal.
sebelum memeluk islam, beliau mengembala kambing. suatu hari, ketika beliau sedang mengembala kambing, datang 2 orang lelaki dalam keadaan yg haus dan sangat letih, lalu meminta untuk diberikan sedikit susu daripada kambing jagaan nya.
dengan sifat yang penuh tanggungjawab dan amanah, beliau menolak permintaan daripada 2 orang lelaki itu dengan alasan kambing jagaan nya itu adalah milik tuan nya dan dia tidak berhak untuk memberikannya kepada sesiapa.
2 orang lelaki tadi berlalu dengan redha. 2 orang lelaki itu ialah Rasulullah SAW dan Abu Bakar, yang sedang lari daripada dikejar daripada orang-orang Quraisy.
selepas peristiwa itu, Abdullah berasa tertarik dengan 2 orang lelaki tersebut yang tidak pun menentang, mahupun memujuk supaya diberikan susu kambing itu. Akhirnya beliau mendapat tahu bahawa 2 orang lelaki itu adalah Rasulullah SAW dan Abu Bakar. Beliau memeluk islam dan mahu bekerja dengan Rasulullah SAW.
Beliau sentiasa bersama Rasulullah SAW sehingga kan perlakuannya adalah mirip kepada perlakuan Rasulullah SAW, disebabkan itu lah beliau digelar ‘Bayang-bayang Rasulullah’.
Abdullah Ibnu Mas’ud, bersekolah di ‘sekolah Rasulullah’ dan adalah orang yang paling bagus dan faham tentang Al-Quran.
Refleksi diri: teirngat pada hadis penjual minyak wangi dan tukang besi. jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan dapatlah kepada kita harumnya. begitu juga dengan tukang besi. maka, dengan siapa kita berkawan akan mempengaruhi keadaan diri kita.
teringat juga pada lagu ‘Tombo Ati’, yg mmbawa maksud ‘ubat hati’. Salah satu cara mengubati hati daripada mati adalah ‘bergaul lah dengan orang-orang soleh’. bergaul dengan orang-orang soleh tidak bermakna kita perlu terus mengabaikan orang-orang yang dianggap kurang soleh.
dengan orang yang soleh, kita seperti orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. maka kita mendapat harumnya.
dengan orang yang dianggap kurang soleh, kita jadilah penjual minyak wangi kepadanya. mudah-mudahan, dengan hati kita yang ikhlas untuk memberi dan berkongsi, hanya kerana Allah SWT, orang yang mendampingi kita akan turut mendapat harumnya wangian yang kita jual.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Allahu Allah!
wallahu’alam. correct me if I am wrong.
Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.


