Si Tua Kudung dan Budak Kecil

November 25, 2011 at 5:03 am | Posted in Uncategorized | 2 Comments

“Eleh, kadang-kadang tu diorang ni saje-saje buat macam tu. potong ini, potong itu..berlakon..” Seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 10 tahun berkata kepada ibunya.
Budak lelaki tersebut berjalan bertentangan arah dengan saya, dan matanya melirik di belakang saya.

Melintas seorang lelaki tua, berkopiah putih, bertongkat dua.
Pakcik tersebut berbaju melayu, berseluar hitam.
Meredah arus lautan manusia di pasar malam.
Sebelah kakinya kudung.
Tetapi dia bukan peminta sedekah.

Hati saya terdetik, “Eh, adik tadi tu cakap kat pakcik ni ke?”
Saya hanya menduga.

Langkah kaki saya teruskan, dengan arah yang bertentangan dengan adik lelaki tadi.
Sepanjang langkahan saya, tidak pula saya terjumpa dgn mana2 peminta sedekah.

Kalaulah ayat-ayat adik tadi ditujukan kepada pakcik tadi, saya berasa sedih.

Kalaupun pakcik tadi peminta sedekah, hulurkanlah sahaja sedekah kepadanya.
Sebagai tanda kasih dan sayang kita sesama manusia.
Usahlah dicaci, di buruk sangka padanya.

Bukankah “akhlak itu sesuatu yang kita lakukan tanpa kita berfikir dahulu”?
Itu lah definisi akhlak berdasarkan Imam Al-Ghazali.

Jika terjumpa peminta sedekah di tepi jalan, apa yang kita fikir/kata/buat?
Orang A, “ahh, lantak lah. bukan urusan aku.”
Orang B, “astaghfirullahal’azim, tak sampai hatinya tengok orang ni. tak mengapalah, hulurlah sikit.”
Orang C, “kesian nya orang ni. TAPI, kalau aku bagi duit, ntah2 dia ni tipu je. mesti ada sindiket apa2 ni.”

Saya terfikir, kalaulah orang itu seperti yang kita SANGKA-SANGKA kan, iaitu terlibat dalam sindiket menipu orang dan lain-lain, adakah di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan kesalahan mereka itu?
Itu pun HANYA JIKA, orang itu seperti yang kita SANGKA-SANGKA kan.

Tetapi, jika mereka sebenarnya tidak seperti yg kita sangkakan?
Kita lah yang terpaksa menanggung dosa akibat berburuk sangka.
Lagi teruk kalau kita bukan sekadar berburuk sangka di dalam diri sendiri, tetapi MENYEBARKAN kepada orang sekeliling.

A : Eh tengok orang tu. Beria-ia lah buat sakit sana, sakit sini. Ntah-ntah, join sindiket tipu orang dari Thailand!
B : A’ah kan, betul jugak tu. Sia-sia lah orang yang bagi duit kat diorang tu!

Surah Al-Hujurat, ayat 12,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengungjing sebahagian yang lain..”

Siapa kita untuk menilai amalan seseorang itu sebagai yang sia-sia?
Kecuali orang itu adalah orang-orang yang tidak beriman.
“Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan, ayat 23)

Bagaimana kita dalam keikhlasan untuk memberi?
Ikhlas itu rahsia Allah. :) Bukanlah saya yang berhak untuk membicarakan tentang keikhlasan.

Bagaimana cara kita berfikir dalam memandang orang di sekeliling kita?
Terlalu mudah menghukum kah?
Ataupun, mengamalkan ‘aku-aku’, ‘kau-kau’?

Di tahap mana kasih dan sayang kita sesama manusia?
Apabila jumpa orang yang kurang berkemampuan, apa yang kita fikir?

A : Haa.. Tu lah, masa muda dulu tak nak belajar betul2. Kan sekarang dah susah, hidup melarat! Tu mesti malas nak kerja lah tu.
B : Allahu akbar~ Kesian nya family orang tu. Macam mana lah nasib anak-anak nya nanti. Terbela kah? Aku mesti lakukan sesuatu!

Paling kurang pun, jika masa itu kita benar-benar tiada duit ataupun apa-apa untuk dihulurkan, lemparkanlah senyuman kepada mereka. Berdoalah untuk mereka supaya diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menempuh kehidupan di dunia ini.

Apabila berjumpa dengan pengemis atau peminta sedekah, bertindaklah untuk menghulurkan sedekah ataupun berlalu sahaja TANPA ada prejudis di dalam hati.

Tak perlulah berfikir yang panjang-panjang, sehingga akhirnya kita seperti menghukum neraka dunia kepada mereka!

Prejudis vs kasih sayang.
Mana satu yang lebih menguasai diri kita?

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

Surat Kepada Yang-Disayangi

August 6, 2011 at 1:08 am | Posted in Uncategorized | 3 Comments

Assalamualaikum wbt A,

Alhamdulillah, Allah izinkan juga untuk kita berada pada hari 3 Ramadhan tahun ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Masih adakah esok hari untuk kita terus berada dalam bulan Ramadhan ini?
Jika tiada, apa bekalan yg mahu kita bawa untuk bertemu-Nya?
Ntah, kadang-kadang saya rasa, takde apa pun yg saya boleh bawa, jika ditakdirkan-Nya, 4 Ramadhan 1432H bukan lagi milik saya.

Rabbana walatuhammilna mala toqatalanabih.
(Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.)
Wa’fuanna, waghfirlana, warhamna.
Wa’fuanna, waghfirlana, warhamna.
Wa’fuanna, waghfirlana, warhamna.
(Berilah kemaafan kpd kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami)

Harapnya A sihat.
Sihat fizikal, ibadah dan hati.

Bertambahkah ibadah Ramadhan ini?
Ramadhan adalah bulan yg dinantikan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda SAW.
Berakhirnya Ramadhan , mereka menangisinya.

Saya mahu bertanya, pernah tak A sendiri rasa macam tu? =)

Saya sendiri masih mencari diri saya dalam Ramadhan ini.
Saya sedang mencari diri saya yang mengatakan yang saya ini ‘hamba Allah’.
Kadang2, saya rasa saya hilang rasa ‘kehambaan’ tu.

Pernah suatu masa dahulu, cara hidup saya jauh menyimpang daripada cara hidup seorang hamba Allah.

Solat fardhu bukan di awal waktu.
Sedangkan kalaulah kita ini mengaku hamba-Nya, kenapa mesti kita akur kepada yang lain selain daripada Allah SWT?
“Tak apalah, waktu solat panjang lagi.”
Betul lah, waktu solat panjang, tapi, masih adakah hayat kita utk 1 minit selepas ini?
Kematian itu pelbagai cara, kan.
Tak kira umur dan dimana.

Aurat pun tidak terjaga dengan baik.
Kononnya pada masa tu saya rasa kecantikan seorang perempuan itu perlu ditunjukkan kepada umum.
Supaya kita rasa dihargai dan dipuji.
Seronok sangat bila dipuji.
Inilah dia pemikiran, hasil ‘cucukan halus’ para musuh Islam.
Lihat di majalah-majalah, wanita di eksploitasi!
Model2 perempuan yang terlibat dalam fotografi, kemudian di dedahkan kepada umum.
Itu kah cara hidup seorang ‘hamba Allah’?
Cara hidup seorang hamba bukan begitu.
Kerana, termaktub di dalam ‘rules’ Tuannya, kecantikan dan aurat wanita perlu ditutup.
Wanita bukan untuk dieksploitasi.

Satu hari, Allah SWT gerakkan hati saya, lajukan otak saya utk berfikir lebih ke hadapan.
“Layakkah kau dipuji? Semua ni milik kau ke? Kau hanya penerima, bukan pemberi! Tak selayaknya kau dipuji”
Ucapan Alhamdulillah yg sering kita dengar, tapi maksudnya entah pernah atau tidak kita dalami.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah.
Jarang kita guna.
Bila kita di puji, kita rasa ianya utk kita.
Bukankah segala pujian itu perlu dikembalikan kepada Allah SWT?

Entah, bila hidup ini seperti mendambakan pujian orang, mengikut arus zaman yg entah betul, entah tidak, menjadikan hidup saya bukan lagi berpaksikan Allah.
Hilang sudah title ‘hamba Allah’.
Jadi, siapa kita di dunia ini?

Saya mencari-cari erti ‘hamba Allah’.
Saya cuba untuk mendalami, memahami dan memaksudkan diri dengan ‘hamba Allah’.

Pergaulan. Kadang2 perempuan seperti hilang sudah malunya.
Saya bersekolah perempuan.
Fenomena couple ni dah lama saya dengar, dari menengah rendah lagi.

Saya pernah lihat kawan saya menangis kerana teman lelakinya.
Saya pernah dengar kawan saya gaduh dengan teman lelakinya.
Saya pernah nampak kawan saya keluar berdua dengan teman lelakinya.

Yang membuatkan kadang2 saya terfikir, betul ke cara diorang ni?
Pergaulan bebas lelaki perempuan, yang diadaptasi dari cara hidup barat, dan bukannya cara hidup Islam!
Betul kan, musuh Islam sudah berjaya mencucuk jarum halus kepada umat Islam?
Pemikiran kita juga dijajah, sehinggakan ada yg merasa menjadi looser apabila tiada teman lelaki!
Apa ini? Islamkah saya jika saya berfikir dengan cara itu?
Cara hidup Islam mengajar perhubungan yg halal antara lelaki dan perempuan hanyalah melalui perkahwinan.
Bukannya dengan berbalas-balas SMS di handphone, mahupun ber’webcam’ di skype atau dimana-mana.
Dulu, saya pernah berkata, “Alaa.. biarlah diorang. Bukannya diorang buat benda tak elok pun.”
Islam agama yg mencegah. Islam mencegah permulaannya supaya permulaan yg tidak elok ini tidak terarah kepada suatu perbuatan yang tidak elok.
Ya, aku ‘hamba Allah’!

Kita ambil mudah, kita ambil enteng peringatan-peringatan Allah dalam Al-Quran.
Oh, saya nak tanya A, dah hampir beberapa bulan di NZ (baca: tanah pembentukan diri muslim), A dah habis baca tafsir Al-Quran?
Baca tafsir Al-Quran yang disertai dengan hati yg betul2 mahu mengenal Allah melalui kalam suci-Nya.

Bukankah kita ini ‘hamba Allah’ yang sentiasa tertakluk kepada pemerhatian Allah SWT 24 jam?

Kita kata kita orang Islam.
Orang Islam cara hidupnya berpaksikan Al-Quran dan hadis.
Al-Quran adalah susunan ayat-ayat Allah, iaitu Tuhan kita, yg juga sebenarnya adalah Tuan kita.

Al-Quran ada menyebut, “..sedangkan perempuan yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk perempuan yg baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang..” (Surah An-Nur ayat 26)

Bila melihat realiti masyarakat sekarang, sering membuatkan saya terfikir, “Berapa ramai je orang islam yg betul2 menghayati ayat Al-Quran? Berapa ramai orang islam yg betul2 mahu menjadikan islam sebagai cara hidup?”

Kita kata kita sayang Islam.
Bila ada orang cemuh islam, di Negara Barat sana, kita marah.
Bila ada orang lukis gambar kartun Nabi Muhammad SAW, kita marah.
Betul lah tu, tak salah. Sebab perbuatan itu jelas menghina Islam!

Tapi, dalam kemarahan kita itu kita kadang2 lupa utk mengrefleksi diri.
Kan? Betul kan, saya cakap ni?

Sayangkan islam bukan semata2 marah apabila islam dihina, tapi, sejauh mana juga kita beramal dengan islam.

Kita marah orang hina islam. Sebab kita kata kita sayang islam.
Tapi, apa perbuatan kita yg menunjukkan kita ni sayang islam?
Sedangkan apa yg islam suruh kita buat, kita sendiri rebel!
So what’s the point kita marah orang, kalau kita sendiri pun tak pernah nak reflex diri.

Sayang islam. Sayang islam. sayang islam.
Bukanlah sekadar perkataan yg perlu kita ucapkan di bibir, ataupun taip di tangan.
Malah, perlu kita zahirkan dengan perbuatan.

Semua perkara diatas adalah perubahan kepada cara saya berfikir (baca: anjakan paradigma).

Saya nampak kebanyakan umat islam ini adalah reaktif dan bukannya proaktif.
Termasuklah saya, kadang2!
Sikap dan perbuatan ini yang kadang2 menyebabkan kita jauh daripada islam.

Kita kadang2 mengharapkan perubahan pada diri kita.
Sebab kita tengok kawan2 kita dah berubah. Tapi kita masih belum.
Kenapa?
“Oh, sebab dia usrah sana. Usrah sana best, patutlah diorang cepat berubah.”

Langsung kita rasa, usrah kita tak berkesan. Tak masuk ke hati.
Mudah. Sangat mudah kita menjadi judgemental. =)
Saya lah tu.
Suatu masa dahulu.

Kita terlalu senang dan cepat meletakkan kesalahan pada orang lain, yg kadang2 kita lupa untuk melihat/meletakkan kesalahan kepada diri kita.

Kita kata kita mahu menuju Allah SWT.
Tapi, malangnya kita ini lemah dalam bermujahadah.
Langsung, kita berasa down.
“Ah, aku tak ckup tarbiyyah.”
Jalan menuju Allah, bukanlah jalan yg dibentangkan dengan karpet merah.

Lihat sahaja perjuangan para Nabi. Berapa ramai daripada mereka yg dibunuh di zaman Bani Israel.
Mereka dibunuh kerana mereka berada dalam ‘perjalanan menuju Allah’.

Lihat juga para pejuang ikhwanul muslimin di mesir.
Zainab al-ghazali, Imam Hassan Al-Banna, Sheikh Ahmad Yassin dan lain-lain lagi.
Mudahkah perjalanan mereka dalam menuju Allah?
Tidak! Semestinya tidak. Mereka di penjara, di ugut bunuh.
Tapi, mujahadah mereka kuat.
Mereka fokus kepada apa yg mereka mahu (iaitu jalan menuju Allah), sekalipun dunia berusaha ‘mencuri hati’ mereka.
Tetapi, dunia gagal!

Kita bagaimana? Apa fokus kita? Apa usaha kita dalam mencapai fokus kita?
Fokus kita adalah menuju Allah SWT, mencari dan mengejar redha-nya.
Usaha kita dlm mencapai fokus ini tidak lain dan tidak bukan, mujahadah.
Kita bermujahdah melawan segala nafsu dan godaan (dunia dan syaitan) yg ada.

Hati kita bagaimana?
Sihatkah? Sakitkah? Ataupun sudah mati?
Na’uzubillahiminzalik.

Kenapa susah sangat kita mahu mencari hidayah Allah?
Adakah salah Allah?
Salah Allah yang tak nak bagi hidayah pada kita?
Astaghfirullahal’azim.

Setelah sekian banyak nikmat Allah yg Dia berikan pada kita, kita masih tergamak mahu menyalahkan-Nya, hanya kerana kita tidak lagi berubah?
Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

Allah tak pernah salah!
Cuma kita yang tak pernah berfikir tentang-Nya.
Sebab kita ini take something for granted.

20 tahun lebih hayat kita di dunia ini, berapa masa kita yg kita peruntukkan untuk berfikir tentang Allah?
Masa kita hanya banyak dilalaikan dengan hiburan dunia.
Facebook, chatting, fesyen, artis. Budaya hedonism!
Sekali lagi, musuh islam telah berjaya mencucuk jarum kepada kita!

Tahniah kepada mereka!
Takziah kepada kita!

Kita yang memberi mereka menang, kan?
Kita tak mahu belajar dalam tentang islam. Kononnya sibuk.
Sudahnya kita sendiri yg tertipu dalam kesibukan yang kita cipta.

Entah sampai bila kita mahu sedar diri.

Ayat Allah SWT yg ini, kita pandang enteng.
“Wahai orang2 yg beriman! Masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikut langkah2 syaitan.”(Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Kita ambil islam setakat yg kita mahu sahaja.
Agak2 benda ni kena dengan jiwa kita, agak2 benda ni menyejukkan hati kita, kita ambil lah.
Yang akhirnya menjadikan kita seorang yg ignorant.
Yang kemudian, kita akan menjadi seorang yg reaktif, daripada proaktif!
Kita menyesuaikan islam dengan cara hidup kita.
Sedangkan, sebagai seorang ‘hamba Allah’ bukankah kita yg perlu menyesuaikan hidup dengan cara islam?

Oh, dah panjang rasanya saya menulis pada awak ni.

Saya nak minta maaf sebab usrah kali ini mungkin tak seperti yg awak expect kan.

Saya ambil pendekatan menulis ini kerana saya rasa hanya dengan penulisan saya mampu menzahirkan apa yg saya rasa.
Saya nak berkongsi dengan awak apa yg saya rasa dan fikir.
Dan, saya tahu, cara saya berfikir tak sama dengan kebanyakan orang.
Tapi, saya tahu, memang islam ini akan menjadi suatu yg asing di akhir zaman ini.

Saya berkongsi dgn awak apa yg saya dah rasa selama 23tahun saya berada di atas muka bumi-Nya.
23tahun, tapi ntah berapa tahun, ataupun mungkin hari, saya dedicatekan hidup saya ini betul2 sebagai hamba Allah?

Selamat membuat anjakan paradigma.
Selamat berpuasa.
Selamat melakukan perubahan kerana Allah SWT di dalam bulan Ramadhan ini.

Saya sayang awak, insyaAllah! <3 <3

Saya,
Yang sedang mencari erti diri seorang hamba Allah SWT.

Suatu Pagi

May 22, 2011 at 8:55 am | Posted in Uncategorized | 1 Comment

Setelah beberapa post yg di’draft’kan kerana kekangan yang melanda, pagi ini terasa nekad mahu menge’post’ sesuatu di dalam blog ini.

Semoga Allah SWT izinkan.

Saya cuba untuk seRingkas mungkin.
Sementara menunggu masa untuk berusrah online dgn kak Yanti. :)

Malam semalam tidur agak terganggu, seperti malam-malam hujung minggu biasa.
Malam minggu mereka (kiwi) akan menghidupkan malam mereka dengan party.
Minum-minum, mabuk-mabuk, kemudian berjalan di town dalam berkumpulan, sambil bertekak-tekak.
Habis semua jenis perkataan tak elok akan dihamburkan.
Pernah terasa seperti mahu menjerit sahaja dari tingkap bilik, meminta mereka untuk diam.
Tapi, macam mustahil.
Apa yg saya mampu hanyalah menutup tingkap.
Tetapi, itu pun tak mampu menyekat kebisingan melampau yang dibuat oleh mereka.

“Takpelah Mimi. Ni negara orang. Kau duduk je lah dalam bilik tu diam-diam,” memujuk diri.

Beginilah keadaannya berumah di tengah bandar.
Betul-betul di tengah bandar.

Malam semalam, masuk tidur dalam pkul11 lebih. Mereka masih lagi bising.
Pukul4 pagi, terjaga. Keadaan masih sama. Cuma kebisingan dah berkurang.
Pukul5 pagi keadaan mula reda.
Begitulah kebiasaannya, di hujung minggu.

Dalam kebisingan mereka di malam hari, saya bersyukur.
Di saat mereka mabuk, bising-bising, menggunakan perkataan yang kurang baik, saya masih lagi dipelihara oleh-Nya.

Allah izinkan lagi saya untuk bangun berqiamullail dan membaca Al-Quran.
Walaupun keadaan sedikit terganggu, tetapi itulah namanya ujian.
Allah masih lagi beri kekuatan untuk bangun dan menghadap-Nya.
Masih ada lagikah keraguan di dalam diri, tentang kasih sayang-Nya?

Kalau lah Dia tidak sayang, mana mungkin Dia izinkan diri ini untuk menjadi orang yang terpilih, untuk bangun berqiamullail, di saat environment ketika itu penuh dengan maksiat. (mabuk arak, lelaki perempuan bergelak ketawa hingga bergema satu bandar, menjerit melolong dan lain-lain)
Bersyukur denga nikmat islam dan iman daripada-Nya, walaupun diri tahu, setebal manalah iman yang ada jika mahu dibandingkan dengan orang-orang yang lain yang lagi hebat.
Tak apalah, saya tetap bersyukur!
Alhamdulillah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dia mahu kita meminta daripada-Nya.
Di saat, diri merasa lemah, hampir semua sahabat dan kakak2 yang memahami akan dihubungi, memohon agar diberi kata-kata semangat.
Hakikatnya, Dia juga tahu apa yang kita rasa.

“Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksanakanlah pula solat) Subuh. Sungguh, solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Surah Al-Isra’, ayat 78)

“Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud (sebagai suatu ibadah) tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.” (Surah Al-Isra’, ayat 79)

Dia memberitahu dan menyuruh kita untuk mencari-Nya, tetapi di mana kita?
Di mana usaha kita untuk mencari?
Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

Alhamdulillah, menjelang Subuh, jam 6pagi, kebisingan Kiwi mula reda.
Yang tinggal hanya bunyi lampu isyarat dan bas-bas yang mula beroperasi.
Sudah pulang ke rumah barangkali kiwi-kiwi ini.

Pagi ini, tatkala membuka tirai tingkap, alhamdulillah, diizinkan-Nya untuk melihat keindahan alam-Nya.
Keindahan matahari terbit dari laut, menguatkan lagi semangat untuk berkongsi.
Terasa mahu mengambil gambar dan letakkan sahaja gambarnya di dalam blog ini, tapi saya tahu, ia nya tetap tidak akan sama.
Walaupun DSLR digunakan, tetap akan ada bezanya jika melihat dengan mata sendiri.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Baiklah, perlu bersiap untuk berusrah online dengan kakak di Ireland tersebut.
Rindu!

Allahu Allah.

Kerana Ia Bukan Sebuah Buku Biasa

May 4, 2011 at 11:06 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Apabila terkenang zaman dahulu, macam-macam reaksi yang akan timbul.
Kalau kenangan itu menggembirakan, kita pasti akan tersenyum manis.
Kalau kenangan itu sebaliknya, pasti akan membuatkan kita sedih dan seolah tidak mahu mengingatinya lagi.
Itu adalah suatu kebiasaan.
Yang pahit itu dilupakan, yang manis itu diingat sepanjang zaman!

Betul kah paradigma ini?

Seorang pemuda zaman lampaunya penuh dengan kesedihan. Sehinggakan setiap kali dia terkenang masa lalunya, pasti dia akan berasa tertekan. Amat dahsyat! Zahirnya dia seperti manusia biasa, tiada cacat celanya. Namun, apabila tiba saatnya dia bersendirian, kenangan-kenangan hitamnya yang suram pasti akan datang mengetuk mindanya! Akhirnya, semangat baru dia tanam dan baja di dalam diri, jatuh merundum akibat dikaburi oleh silamnya yang kelam. Lebih teruk lagi apabila dia tidak bertemu sebarang motivasi untuk menguatkan hati.

Di sebuah kampung di hujung bandar, ada seorang gadis. Gadis itu kisah lampau nya juga hitam. Dia melalui hari-hari nya dengan berusaha untuk memperbaiki keadaan dirinya. Dia juga selalu terkenang akan kisah silam nya. Dia terkenang perkara-perkara lama dan berfikir secara optimis. Hidupnya perlu di ubah. Sejarah lama yang manis, dijadikannya sebagai pedoman dan pemangkin untuk terus bangkit. Manakalah sejarah yang hitam kelam dijadikannya pengajaran.

Satu perkara yang membezakan si gadis dan pemuda adalah cara mereka berfikir.
Cara mereka memandang sejarah.

Kisah tentera Islam menang semasa Perang Badar.
Kisah pembukaan Kota Madinah yang terdiri daripada masyarakat pelbagai agama.
Tahun 1924, kejatuhan zaman Khilafah Islam.
Kisah kebangkitan Islam di Turki, India, Indonesia.

Bagaimana paradigma kita apabila mengetahui sejarah-sejarah di atas?
Hanya sekadar ilmu pengetahuan?

Mereka yang benar-benar ingin belajar daripada sejarah akan berusaha untuk tidak mengulangi sejarah.

Semasa di darjah 6, keputusan UPSR kita kurang membanggakan. Langsung kita belajar daripada situ untuk memperbaiki diri. Perbaiki cara menguruskan masa belajar, perbaiki pengambilan makanan yang sihat untuk otak dan lain-lain. Akhirnya, ketika PMR dan SPM, kita menjadi antara pelajar terbaik! Maka, berhasillah usaha pembaikan kita itu.

Pada tahun 1924, kerajaan Islam jatuh. Bermula daripada itu, umat Islam menjadi lemah. Tiada lagi Khalifah yang melindungi umat Islam. Antara punca kepada kejatuhan Islam adalah umatnya yang semakin bermasalah! Umat Islam yang semakin jauh daripada kitab suci Al-Quran. (Tahukah kita tentang itu?)
Jadi, apa yang kita buat?

Mungkin bagi mereka yang bergelar ‘budak usrah’, mereka sering kali mendengar ayat, “Umat Islam ni dah semakin lemah,” sehingga telinga mereka menjadi lali. Telinga yang sudah lali, sepatutnya sudah mampu untuk menggerakkan diri untuk memperbaiki diri. Mulanya dengan diri sendiri, kemudian orang di sekeliling akan dicari untuk sama-sama merasai manisnya beramal dengan Islam.

Itu lah yang sepatutnya.
Itu yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang hati nya basah dijirus dengan sejarah islam dan perlunya untuk mengembalikan Islam kembali.
Kerana Islam itu sahajalah cara hidup yang sepatutnya diikut.

Kita sudah biasa hidup senang.
“Tak baca dan dalami Al-Quran pun aku hidup senang je pun sekarang,” ujar A.

Kesenangan dan kesusahan itu ujian daripada Allah SWT.

Kembali kepada paradigma, ataupun cara berfikir.

Apa yang kita rasa apabila orang menyebut tentang ‘Islam’?

‘Islam itu agama.’
‘Islam itu cara hidup saya.’

Satu perkataan tetapi pelbagai tafsiran. Kerana?
Kerana berbezanya tingkat ilmu seseorang tentang Islam.

Jika A memandang Islam hanya sebagai agama, maka, terpisahlah bidang pendidikannya, cara komunikasinya, cara pentadbirannya, cara pergaulannya, daripada Islam.

Jika A memandang Islam sebagai cara hidup, satu guide yang memandu hidupnya di dunia ini, maka, Islam lah keseluruhan hidupnya.

Tanya pada diri, “Aku mahu Islam yang separuh-separuh ataupun islam yang lengkap?”

“.. Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yg lebih zalim daripada orang yg mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak, Kami akan mmberi balasan kepada orang-orang yg berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling.” (Surah Al-An’am, ayat 157)

Al-Quran itu terdapat banyak kisah, amaran dan motivasi.
Baca dan berusahalah untuk mengamalkannya.

‘Buku’ itu bukan ‘buku’ biasa, yang hanya dipegang apabila mahu bersumpah.
Hakikatnya, Al-Quran itu ‘buku’ luar biasa yang mampu mengubah paradigma kita, jika kita mahu berfikir!

Sejarah pahit Islam, bukanlah sesuatu yang perlu untuk dilupakan oleh umatnya, sebagaimana kita berusaha untuk melupakan kisah silam kita yang pahit.

Tetapi adalah sesuatu yang perlu diketahui dan diingati, yang akhirnya membawa kepada satu upaya untuk mengembalikannya kembali.

Mulakan dengan menegakkan Islam di dalam diri!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

Pensel Yang Tumpul.

May 4, 2011 at 3:43 pm | Posted in Uncategorized | Leave a comment

Bismillahirrahmannirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Dia sahabat. Pernah bersamanya 2 tahun. Zahirnya dia mungkin orang yg biasa.
Dia menegur, dia berkata.
SAya mula terasa.

BUkan terasa yang membuatkan saya berputus asa.
Tetapi ‘terasa’ yang memotivasikan jiwa!
(Allahu Allah~ HAkikatnya, Allah SWT jugalah yg mahu memberikan motivasi kepada manusia.)

Ayatnya ringkas dan pendek.
Hati yang selama ini mencari jawapan, membutuhkan semangat dan kata-kata, akhirnya, seperti telah kembali berbunga.
Alhamdulillah!

Kami ramai. SAtu batch 200 lebih; antara batch teramai di SESERI.

Perancangan Allah SWT itu kan cantik dan Maha Hebat!
2 tahun di SESERI, belum cukup untuk merapatkan kami.
Tetapi, mungkin kerana ta’aruf(perkenalan) dalam nilaian mata Islam itu adalah berpanjangan tanpa ada batasan waktu yg melimitkan, tahun-tahun yg dilalui selepas keluar dari SESERI, menjadi saksi ta’aruf itu telah dipanjangkan.

Perancangan Allah!

Alhamdulillah.
Saya sayang sahabat saya.
Sahabat-sahabat vivacious saya.

Saya pernah menanam perasaan dalam diri dan berkata-kata dalam hati,
“Aku nak berkawan dgn sahabat2 vivacious0405 kerana Allah SWT. Aku mahu mulakan ta’aruf semula. Aku sayang mereka, walaupun dulu aku pernah berkonflik dgn beberapa kumpulan, hanya kerana aku menjalankan tugasku sebagai seorang pengawas.”

Semuanya kerana saya memilih jalan ini.
Jalan yg panjang dan tidak mudah ini.
Tapi, Rabb ku menjanjikan kemenangan di jalan ini.

“Engkau kena mula, Mimi!”

Kepada sahabat-yang-telah-menyebabkan-saya-terkesan,
Saya sayang kamu. Terima kasih di atas motivasi ringkas itu! :)

p/s: melakukan sesuatu kerana Allah SWT, bukan semudah yg ditulis atau dilafazkan. Kerana, ianya pasti akan diuji! Ujian nya itu kadang2 sangat hebat! 200 orang, 200 kepala yg ada, dan 200 pemikiran lah yang ada.

Vivacious ku, jom! :)

wallahua’alam. correct me if I am wrong.

Next Page »

Blog at WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez. Fonts on this blog.
Entries and comments feeds.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.